Pages

March 21, 2014

SPM

1 comments
Assalamualaikum.

Semalam KPM dah umumkan result SPM 2013 dan Alhamdulillah for everything. Walaupun aku memang kecewa dengan result aku, tapi tetap bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku dapat 3A 3A- 2B+ 1B memang sedih sebab aku rasa aku boleh buat tapi last-last dapat macam ni je. Sebagai budak MRSM memang sedih dapat 6A je kan? Tapikan, aku rasa pelik kenapa rata-rata dapat rendah this year. Kawan aku yang trial dapat straight A takde A- langsung dan cikgu aim dia straight A+ tapi dia tersangkut bio dapat A je.

Ramai yang cakap this year macam ada something wrong somewhere. Hm biarlah hanya Allah yg tahu. 

March 13, 2014

Kpolaroids Giveaway

0 comments
Hello hello haih excaited betol nak join giveaway ni.. haha memang Lala jarang update sekarang sbb Lala lebih suka blogwalk kekeke.. so tadi Lala pergi ke blog Ain Najwa dan terjumpa satu giveaway dekat sidebar dia. So Lala pun nak join juga lah..

So Lala join giveaway ni ya akak Kpolaroids~ Anyway kalau sape2 nak join, click je banner bawah ni :)
Semua doakan Lala berjaya ya. Lala pun harap Ain Najwa berjaya jugak. hahaha goodluck semua <3

March 10, 2014

#PrayforMH370

0 comments
Silent doesn't mean I don't care, I care but I don't want to pray on the social networks. I pray in my prayers, hoping that they are all okay. Hoping that they are all fine. 

Sebenarnya aku pelik, kenapa masyarakat melayu beria-ria nak jadi reporter tak bergaji. Mereka mengeluarkan fake announcement, berita palsu, mereka-cipta fakta, menyebarkan sesuatu yang tak sahih siap ada yang berlakon kononnya ada ahli keluarga dalam pesawat. Ada yang cari publisiti murahan dengan buat main isu MH370. Ada juga yang macam terlalu concern pasal kes ni sampai setiap saat tweet and update pasal ni. Tak salah nak concern, nak care tapi janganlah sebar sesuatu yang tak sahih walaupun dah tak ada idea nak tulis apa kononnya kitalah paling ada update dalam dunia ni. Kalah Astro Awani.

Aku memang tabik dekat Astro Awani sebab sudi membatalkan rancangan asal supaya dapat memberitahu update terkini pasal pesawat MH370 yang hilang itu. So, kalau korang nak tahu berita sahih, buka Astro Awani channel 501. Tak payah percaya sangat berita yang mengatakan ada orang rakam kejadian semua sebab semua tu menipu. Ada juga aku baca status someone pasal isu ni. Dia cakap kakak dia ada connection dengan airport Filipina mengatakan terdapat rakaman pasal MH370 jatuh menjunam ke dalam laut. Kalau semua tu sahih, sah-sah dah ada dalam surat khabar or berita. Dan mesti ada kesan walaupun sedikit.

So Malaysian, keep praying and stop telling rumors. Hope for the best for MH370.



P/s : Got a new template,chill

March 4, 2014

Blog baru

3 comments
Hello people. Aku memang suck bab intro ni. Aku tak reti nak mula macam mana. Sorry sebab aku ni tak suka guna short-form text macam messaging text tu. Sebab aku malas nak tolong fahamkan golongan yang tak faham bahasa mesej. Lagipun, kalau aku guna Bahasa Melayu standard, kalau orang nak translate pun senang. Tak berbelit ayat kan?

Ni akaun blogger aku yang baru. Yang haritu still exist tapi yang tu secara berkumpulan. Bukan aku sorang admin, sepupu aku handle juga akaun tu sebab dia buat blog dia guna email lama. Untuk lebih privasi, aku rasa baik aku buat akaun aku sendiri. Aku nak try eksport semua data aku ke sini tapi tak pandai. Sobs~


Kalau jenis template aku yang lepas aku guna classic punya, yang terpaksa main dengan html coding, kali ini aku nak guna simple template lah. Sebab aku tengok macam best jugak guna template macam Kak Maria. Lagipun, aku singgah blog Mato nampak simple dia punya template. So aku nekad nak guna simple template. Tak payah penat-penat nak ubah satu satu data dekat html. 


Nanti bila aku dah eksport semua data dari blog lama lalasayangafiq.bg.com ke sini, aku akan letak page untuk terus teleport ke sini. Aku harap aku dapat import previous post aku ke sini. Letih je aku tulis selama ni kalau aku buang sayanglah!


Okay. Salam sayang dari aku. Muah!

February 20, 2014

Hobby

0 comments
Hello hello kamu disana, aku disini mahu kasi cerita! Sila abaikan intro ini sebab aku memang 'sucks' dalam buat intro.

Aku nak cakap pasal hobi. Tahu hobi ni apa?? bahasa inggerisnya, hobby. hahaha something likes apa yang kita suka buat itu lah hobi. Hobi semua orang ada hobi masing-masing kan? Aku pun. Hobi aku memang selalu je berubah atas peredaran masa. Korang mesti ada yang still sama dari kecik sampai sekarang kan?

Dulu waktu aku kecik, hobi aku kumpul pencil dan pemadam. Maksud aku pensel yang ada prints warna warni, ada barbie, ada kartun semua tu. pemadam pulak aku biasa kumpul pemadam yang 10 sen. Murah je masa aku kecik dulu harga sebiji pemadam. Aku biasa beli seringgit. 

HAHAHA zaman budak memang pelik. Tapi zaman kumpul pensel dengan pemadam tu masa aku darjah 1 sampai darjah 3..lepas tu hobi lain pulak. Masa aku darjah empat, aku selalu kumpul buku nota kecik yang 335 tu. Kenal tak ada kan yang kecik sangat dalam 20sen sebijik. Aku suka sangat kumpul mende itu sampai satu saat kawan aku panggil aku 335 hahaha.

Lepas tu mama aku marah kumpul buku nota tu sebab membazir. So aku tukar hobi pulak. Hobi aku lepas tu kumpul duit syiling (menabung) masa tu pertengahan darjah 4 aku kumpul syiling sampai darjah enam. Tiga bijik tabung doraemon aku penuh dengan syiling, mama aku kira semua sekali dalam RM800 banyak tu. So masuk bank. 

Lepas tu bila aku masuk sekolah menengah, aku suka haiwan, kucing! Aku minta ayah aku beli kucing parsi seekor. tapi kucing tu mati masa aku tingkatan 3. T__T sedihh wuu... lepas tu aku tak ada hobi berkaitan haiwan. dan sekarang aku ada hobi baru. HAHAHAHA hobi aku sekarang kumpul gambar polaroid. Ayah aku baru belikan kamera polaroid~ kbye

February 18, 2014

Baju raya

0 comments
Hai semua selamat petang! Dah pukul 2.35 so consider petang kan? Pukul 12 tadi mama ajak pergi cari kain untuk buat baju kurung raya. Lama jugak lah shopping baju raya. Mama says "Mama kena hantar awal dekat tailor sebab dia cakap bulan 4 dah start nak tutup tempahan sebab raya bulan 7." Raya bulan 7?? Awal gila. Unlike last year, Mama just beli baju kurung moden yang dah siap dekat butik kawan dia. Kali ni mama beli 4 pasang kain untuk buat baju kurung. Kata mama lagi "Nanti duduk universiti kena selalu pakai baju kurung. Baru nampak senonoh sikit. Sebab tu mama buat baju kurung dekat awak banyak tahun ni. Nanti nak raya, mama ajak la awak cari baju glamour sikit ikut tema dekat butik."

Cakap pasal raya, tahun lepas tema family warna merah, tahun lepas lepas, grey, tahun ini warna apa agaknya? Aku harap warna hitam, tapi confirm mama bangkang. Mama mana suka warna tak ceria begitu huh. Kawan baik mama, Auntie Iffah buka butik tudung. Ada shawl, halfmoon, fullmoon, ariani, three layers, selendang, bawal banyak jugak. Hari isnin lepas aku shopping sakan masa a week opening dia. Hampir RM200 aku shopping beli halfmoon, three layers dengan bawal. Aku beli awal-awal untuk raya plus nak pakai dekat universiti nanti. 


Tahun ni, dengar kata Kak Ros nak kahwin hari raya ketiga. Ros tu bukan stand kepada Rosnah or Rosmah, nama kak Ros, Rosalin Amira. Cantik tak nama dia? Haha last weeks, mak saudara aku beranak babygirl. Nama baby tu Mia Sara Eleyna. Tu lah akibat terlalu sukakan Mia Sara artis cilik tu. Mujur tak letak nama baby Sara, Mia Sara Nasuha. HAHA kelakar betul Cik Bie ni. Dah la beli set pakaian bayi yang ada tulis 'love mommy daddy'. Mama aku pulak pergi beli set baby serba kuning. Ingat ni anak Raja ke? haha


Petang ni bercadang nak tengok wayang with Afiqah di Alamanda sebab lepas tu aku nak pergi rumah mak saudara aku di Putrajaya. So adios!

February 9, 2014

Template baru lagi

0 comments
Bonjour!

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat guna bonjour rasa macam hebat. Nampak tak ini template baru aku dapat dari blogskins cantik tak? Yang asalnya semua gambar ni gambar Luhan tapi aku tukar jadi Zelo my love. Cuma lagu tu aku tak reti tukar sebab yang ni pun aku ambil code dari kawan. Asalnya mahu letak One Shot BAP tapi aku tak pandai nak upload macam mana huh pening. Lagipun aku ni memang malas nak sign up apa-apa website yang berkenaan. Nak log in blogger pun bukan main liat haha


Afiq pun bebel dekat aku pasal ni. Aku rasa aku online facebook aku jarang-jarang kot. Tu pun aku buka untuk approve friendship and tengok apa yang patut. Btw aku minta maaf sebab aku memang tak ada letak any links berkaitan facebook aku. Aku memang private sikit facebook ni sebabnya ramai dah 'bitches' berak dekat facebook aku. Aku tak faham langsung senior senior lama aku suka sangat cari pasal dengan aku. Kalau dulu aku hormat, sekarang dah jangan harap aku nak hormat senior kurang asam begitu.


Semalam aku online facebook sebab Afiq suruh aku approve friend request yang mama dia hantar. Terkejut jugak Mama dia ada facebook. Afiq pun satu, mesti dia yang bagitahu facebook aku tu. Haih geram betul. Semalam Afiq pun bising pasal aku minat korea. Dia cakap "Mentang-mentang dah habis SPM memang melantak depan komputer layan cerita korea la tu. Dah la tak habis pasal Zelo. Sikit-sikit zelo. haihh" Aku tahu Afiq mesti bosan dengan nama Zelo Zelo Zelo saja tiap hari. Biarlah siapa suruh cari girlfriend kaki korea. 


Sabtu hari tu kami ada family gathering dekat Genting. Memang macam tak senonoh saja buat dekat Genting Highland tapi kalau dah orang-orang dewasa masuk campur memang beres je. Mama aku suruh aku ajak Afiq sekali dengan family dia. Okay memang pelik la ajak family orang tapi mama cakap tak apa. Aku pun mesej Afiq hari khamis haritu.


Afiq.. mama ajak family awak pergi family gathering kami dekat Genting.
Afiq balas 
Hah? Buat family day dekat Genting? Hahaha kejap nak tanya Mama.
Haha Afiq ketawa dengar family gathering ni dekat Genting. Bagi aku agak kelakar sebab lainlah kalau buat dekat cameron lagi cool kot. Beeep mesej masuk. Afiq.
Sayang, mama busy dengan family day office dia this week. Papa pergi outstation di Singapore. Mama cakap saya boleh je nak join tapi kena ajak adik sekali. Tak apa lah kalau gitu. Susah dekat family awak je.
Sejak bila Afiq jadi pemalu gini? HAHA kelakar weh. Aku tanya Mama "Mama, parents Afiq takleh join sebab dia orang busy ada hal." Mama pun tengok dekat aku "Parents busy ajak aje cik abang awak tu dengan adik sekali.."
Afiq mama cakap awak join la sekali dengan adik awak. nanti saya pick-up awak dekat rumah awak okay
Afiq setuju je haha happy. And petang jumaat aku pick-up dia and adik dia dekat rumah dia. Driver ayah aku bawa kereta. Aku tak ada lesen lagi lahai. And aku akan upload gambar soon. Okay bye

February 5, 2014

kpop quest~~

0 comments

-

Hello people *shout loud!

Harini aku nak try jawab kpop questions macam best je uhuks.. okay wlaupun aku tidak di tag tapi owner2 post tersebut ada tulis 'everyone just answer my questions if you want :B notice me if u want to answer it and i'll put ur link in this post ' so aku nak cuba jugak jawab. 


Questions by kaiwufvn


- first k-idol that appear in your dream
- what is the most played kpop song on your phone
- a korean star that u wish she/he did plastic surgery
- favourite kpop fanfic author and give me one fic that made you cried
- if you can build your own kpop group which k idol do you want to put as the members ((max 6)) plus the group name hoho
- i wish i had stan .............. earlier because .......... ((fill in the blank otl))
- your favourite k-idol quote.
- do you agree kpop nowaday is getting boring and almost all of their music are too mainstream ? ((i really appreciate if you can state your own opinion on this))
- you will grow up , have your own family and eventually at the end, you gonna have to leave the kpop world. so, if only you can choose one . what a memory that you want to keep in your heart forever till the end?


Answers (._.)


- Zelo B.A.P

- One shot (BAP) and Wolf (EXO)
- No one should do plastic surgery lol but if they are really ugly, they should.
- I don't like to read any fanfic. but, I once read it on EPOP but it's suck.
- Zelo (B.A.P), Tao (EXO), Him Chan (B.A.P), Min Hyuk (BTOB), Taecyeon (2PM), Kai (EXO)
- I wish I had stan EXO earlier because their songs are really best and they are talented.
- "Say something that makes sense, my battery is 30%" Zelo BAP.
- No definitely NOT. I think theseday, their songs are just fine but the girls' group are getting sexier. T__T
- Memory? I hope that I call stay in kpop world although I'm married and have children. But, I hope I can meet Zelo and Tao oneday~



Questions by Ain Najwa


-Who is your ultimate bias ? Give his/her full name. 
-Short biodata about your bias.
-Attach a picture/image of your bias that you love to see it.
-Attach a lure gif of your ultimate bias.
-Attach a clumsy gif of your bias
-What is your most favourite KPOP songs?
-Put a website that you always surf to know more about your bias.
-Are meeting your bias is including in your lifetime wishlist?
-What is your most favourable MV of your bias band/group? *attach the link
-Do you wish to go to Korea? Why?

-Besides of him/her, who else is your bias? Attach a gif/image of him/her.



Answers by me~

- Zelo. His full name is Choi Jun Hong (최준홍)
Born on October 15, 1996.  He is 184CM (6 Feet) height, and weight 63KG (138IBS). His blood type is A and the position in BAP is Maknae, Lead Rapper, Lead Dancer.
-My favourite image of Zelo.

- lure~~
zelo | Tumblr

Zelo B.A.P

- Most favourite KPOP song is One Shot!
- Google it randomly but most of it are youtube and weheartit.
- Yes! But, last year I met up with Super Junior during their supershow case but I don't really fav them all .
- https://www.youtube.com/watch?v=1zRzl1d5vNU
- yes I wish to go to Korea to meet my namjachingu Zelo~
- Whoelse? Tao? Hehe
Untitled

February 2, 2014

New template

0 comments
Bonjour!

Ahad 2/2/2014

Aku dah tukar template blog bersawang aku yeah.. aku terkebil-kebil lihat template dekat blogskins.com tu namun aku tak berdaya buat pilihan sebab aku tak reti bab-bab memilih ni. Hampir sejam aku menziarahi blogskins site tu, and ring ring handphone berbunyi.
Afiq Sayang is calling
Okay aku pun angkat saja lah. Kebetulan adik aku si Hana tu duduk dekat tepi aku, dia pun tersengih cakap "Kak Lala tengah borak dengan siapa tu? hehehe" Panjang je tawa dia. Budak ni bila mengusik orang memang maju, kalau orang usik dia, mengamuk sakan. Isk2..Mujur dia dah keluar bilik tadi. Kalau tak, kacau je aku nak dengar suara boyfriend aku ni

45 minit berlalu..


Hana masuk bilik. "Eh kak lala tak habis borak lagi? Kirim salam dekat abang ipar cakap Hana nak dia belanja Mc Donald lain kali" bertuah budak ni baru darjah tiga dah berangan nak berabang ipar. Belajar dekat mana la budak bertuah ni.. isk2..


Aku pun bagitahu Afiq apa yang Hana cakap tadi.

"Afiq, Hana cakap dia suruh awak belanja mc D and tadi dia kirim salam." -Aku
"Lah Hana ke tadi? Yang sebut 'abang ipar' tu? Ingat Aiman hehehe waalaikumussalam..cakap dekat dia nanti abang ipar dia belikan dia sebijik Mc D punya restoran..haha" -Afiq
Aku hanya mampu geleng kepala. Afiq ni memang suka sangat main-main. Aiman tu adik aku yang darjah 6. Pelik betul telinga Afiq ni, Hana tu budak perempuan, boleh dia cakap macam suara Aiman? Tetiba aku dengar suara kakak Afiq, Kak Lin cakap dengan Afiq. Aku pun tak berapa jelas tapi Afiq cakap kena stop dulu borak. Afiq nak tolong kak dia cari barang sebab esok kakak dia dah balik Penang. So, kami stop and aku sambung cari template.

Aku terjumpa template ni pun sebab owner dia nama Lala jugak. Hikhik aku terus ambil template ni sebab nampak ringan and kemas saja. Aku jugak edit section {profile} tu and aku ada bagitau Afiq yang aku mention nama dia dalam blog aku. Dia ketawa je takde modal lah tu. Pukul 12 am tadi Afiq call balik. Dia tanya nak sambung borak ke tak? Aku tengah syok mengedit blog aku ni pun cakap la "Ikut awak la Afiq..saya tengah edit blog je"


Kami sambung lagi borak but for 15 mins je. Afiq cakap dia mengantuk dah. Tak pelik sebab standard pukul 12 Afiq dah otw nak tidur. So that's it. Esok aku nak shopping dekat Alamanda dekat dengan rumah Auntie aku. Okay night

Esok aku nak jumpa dengan Daniel , Sarah and the geng

January 30, 2014

Damn freakin'

0 comments
Hello amigos !

I'm back i'm back after few months done with SPM. Maybe aku 'terlambat' sikit nak update post sebab spm dah berlalu beratus tahun yg lalu hikhik ;o; aku terlalu malas untuk buka email, update blog sebab bagi aku banyak lagi menda yang supercool dari blog. Ada bantahan? Okay macam sakai je menipu. Aku tipu je. Aku sebenarnya tak boleh log in gmail aku guna laptop baru. Laptop biasa aku guna ada dekat rumah dekat Terengganu so aku sekarang jarang sangat jejak Terengganu jadi Papa suruh aku guna laptop ASUS dia yang baru je beli. Sebab Papa lebih suka pakai HP buruk dia tu. Katanya "Banyak kenangan dengan HP ni," alahai papa not so up-to-date lah. ASUS ni guna window 8 , HP pulak window vista zaman apa ntah.


1st week after SPM


Minggu yang aku sibuk gila. Lepas balik dari sekolah hari last SPM, aku terus pergi KL. Mama papa sibuk dengan kerja so aku duduk aje rumah diam-diam. Ugh. Then, minggu tu jugak aku ada school-trip pergi Pulau Langkawi dengan dear bitches. Kawan sekelas perempuan lah yang nak sangat pergi Langkawi but yang boys semangat nak ke Genting. Bila bagitau mama pasal Genting, mama bantah habis-habisan katanya "Duduk Genting lalai dah la kos sara hidup tinggi..malas mama nak lepas anak mama habiskan duit je" Okay bila Ma'am besar bagi kata veto, so nobody could bantah. 


Lepas balik dari Langkawi, aku terus menghadap laptop, try nak buka blogger. Then, berkali-kali aku cuba, password cannot be accepted. Bangang sangat buat password lain-lain dengan password facebook/twitter/insta/yahoo/gmail. 


Then aku fed-up. Putus asa terus dari berblog.


1st week on year 2014


Aku sambut tahun baru dengan azam baru ; taknak gaduh dengan Afiq. hihihi azam betul-betul tu. Percaya atau tidak kami masih bersama. Then, haritu dia datang rumah. Tak terkejut pun sebab se family dah tahu pasal kami. Mama siap cakap dekat Afiq "Afiq, kamu masuk meminang lah cepat. Haha tak sabar Auntie nak dapat cucu," Okay mama lebih-lebih. Cakap pasal cucu, takut pulak aku dengar. Hish mama ni over pulak. 

Afiq ajak keluar sama-sama. *adik dia ada sekali* dia dah ada lesen bestnya.. dia ajak aku keluar pergi makan kat Sushi Court. Best gila kut sebab aku memang suka sushi tapi afiq tak suka pun actually. Kesian pulak dekat dia. Siapa suruh bawa aku sangat.. haha 


okay aku dah boring menaip. Esok aku akan update lagi. Aku tengah menghadap tv astro ONE HD so aku tak boleh buat bodoh je bila My Love From The Star dah mula. Okay bhai~