Pages

February 29, 2012

Longtime..

0 comments


Hello! Lama gila Lala tak online. Yela,kan school dah start so homeworks mestilah banyak kan?Eish,Lala nak luah segala-galanya kat sini ni :'< MRSM Kuantan tak best sangat! Waaa peraturan ketat semacam jer! Tahun lepas taklah teruk camni. Tahun ini apa lah nak jadi dengan ketua warden ni? Sedih tau bila handphone di rampas


Dahlah minggu depan baru boleh pulang bermalam. Sekarang ni Lala online dekat bilik multimedia.Tengok ni,dah berkarat dah blog Lala. Lala nak ubah template lah lepas ni. Kat blogskin.com banyak layout baru yang cun disubmit tadi. 


Gembira gila hati Lala. Tak suka lah guna skin orang lama-lama. Boring jadinya , so kali ini nak guna template yang colourful sikitlah. Hehe :'D


p/s : Hajatnya nak cabut lari dari maktab petang ni. Esok kan hujung minggu so mane lah ada aktiviti kan? Chill :>

February 7, 2012

damn you --

0 comments
 Tumblr_lysd30drr71r16lnco1_500_large
Assalamualaikum & Selamat Malam readers.


Okay Lala majuk sekarang ini T___T Mana taknya,tadi ada orang personally comment post Lala serang dengan ayat gila pedas maki-maki bagai. Banyak sedih lah Lala tahu? Dia maki hamun Lala,tuduh Lala pengkhianat. PENGKHIANAT? Hello,Lala tak kenal pun siapa awak,apa problem awak ni? Tak boleh ke awak cakap kat Lala baik-baik daripada maki-hamun bagai cani? Ingat Lala tiada feeling ke? Lala manusia jugak. 


Manyak sedih lol T__T Apa lah yang orang itu tak puas hati eh? Nak kata Lala khianat dia,empunya badan pun Lala tak kenal. Hum apa nak jadi jadi lah asalkan Lala tak menyusahkan dia sudah kan? Ok night. Esok school start and maybe pukul 7 pagi bertolak ke Kuantan. Dalam 3 jam jugak baru sampai sana. Takpa kaunter daftar tutup pukul 2 so peace (Y).Lala harap dapat roomates yang sesuai dengan Lala. Hopeful , dapat geng! Jyeahhh :D


Lala tukar layout lagi. Kali ini simple saja. Emo kan? But thanks to Kak Nazihah :>

Tadi Lala visit laman blogskin.com then banyak sangat template menarik minat Lala. Tetiba,ada satu template yang agak simple tapi nampak pro menarik minat Lala. Then Lala terus download lah coding template tu. Sambil-sambil tu Lala visit blog empunya template tu. Hihi , cantik blog dia. Simple but gojes!


Thats all for today. Bye then

February 6, 2012

Jelly ?

0 comments
Tumblr_lyi2gbejon1qhfupao1_500_large
Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang :>
Lala tak tahu la nak post shits apa lagi kat sini. Maybe korang pun muak sampai nak muntah baca lifes story Lala kan? Hurm Lala tak minta pun simpati korang untuk baca post daripada budak gila ni. Langsung tak paksa,korang nak baca,baca lah then :'> Oh sebelum den terlupa, Lala nak habak kat korang ni pasal hamba Allah yang jelly kat Lala. 


She makes trouble a lot. Apa la yang she tu nak jelly dekat Lala? Nak kata Lala cantik, hurm cantik ke? Eh Lala cantik,beautiful gila. Korang jealous? So puji lah diri sendiri k. Pepatah " Masuk bakul angkat sendiri" tak pernah wujud LOL o,O Kisah apa kata orang?? Diorang tu jelly kat kita sebab kita kata kita cantik right? Menyusahkan dia ke kalau kita kata diri kita cantik? Lainlah kalau abang sayang dorang yang cakap cenggitu kat kita. Tapi apa salahnya kalau bf dorang cakap kita cantik? Thats mean kita memang cantik lettew :'3 


Ok ok. Lala dah talk like shit -.- Kes ni camni actual nya. She ni dia jealous kat Lala sebab orang yang dia admire message Lala. Eh apa kes pulak dia nak jelly? Guy tu message pasal hw je :'{ Huhu ape lah perempuan sekarang ni. Cepat sangat jelly. Yang tak boleh blah nya,she tu post kat blog dia pasal Lala.
Mention terus nama Lala tau :X Dahlah cakap Lala ni perampas ! Ya Allah , apa lah yang perempuan tu fikirkan ye? Manyak tedey maa :'{ Nak jelly pun agak lah der! Hurm . Ni yang buat Lala badmood ni. Nak off dulu lah :'C byeeeeeeeee....

p/s : Tadi Lala blogwalking kat blog follower Lala then Lala rasa in love dekat template DIA ni. Ultra-simple but gila stylo! :'>

February 5, 2012

hangout !

0 comments
Tumblr_lz1by8lfru1rolptbo1_500_large
Assalamualaikum dan Selamat Malam :)
Hoho, first sekali Lala mohon maaf ye sebab petang tadi Lala tak sempat jenguk blog. Balik ke rumah terus cari katil. Letih letih. Hm harini Lala hangout dengan geng lama kat Killiney depan astaka tu :'> wewewewe rindu gila dorang! Tadi,Lala dah bertolak ke Killiney dalam pukul 1:30 petang. Act,janji pukul 10:00 pg tapi budak lelaki tidur. 


Biasalah kan cuti sekolah so qada' Subuh badak air lah kan? Hehe :3 So tadi pukul 12 tu Lala dah bersiap-siap dah. Pakai blouse pendek paras lutut colour pink purple polka dots and skinny jeans hitam bunga-bunga dekat buku lali. Tudung? Wewewewe~ of course shawl satin colour smooth pink pic dengan pin rama-rama yang colourful gitu :> Tak lupa beg sandang kecil warna dark purple Levi's, sandal bunga-bunga yang colourful jenama Everlast dan jam girly B.U.M :'} wehehehe. Lepas tu Lala touch up sikit blusher pink kat pipi dan sikit lip ice kat bibir! done :D 


Papa hantar Lala ke Killiney's tu and lebih kurang pukul 1;45ptg sampai. Lewat lah sikit sebab jalan kat bandar jammed cause masa tu kan pekerja rehat. So lepas kitaorang lepak lalak kat Killiney tu, Lala , Mira , Lisa , Liya and Farie minta diri ke Astaka :> Its shopping time!! Suka sangat RM300 dh ada kat tangan. 


Papa bagi sebab dia suruh beli phone baru untuk bawa ke maktab nanti. Lagipun Corbyll Lala punya skrin dah rosak and guna cost tinggi untuk baiki and papa tak bagi Lala bawa Xperia play ke maktab T.T Jadi konklusinya, Lala beli phone baru jenama CSL Touchmi Series Expresso G22 color pink :> Murah je. Hanya RM 199 tak termasuk back case ngan keychain angrybird. Jadi semuanya lebih kurang RM220 :'> Gila cute phone tu. Kecil and stylor! Lepas tu Lala pergi kat kedai girls' stuffs :'> beli pengikat rambut , pin rambut , bangle etc etc... jadi cuma tinggal RM50 lagi. Ape lagi ? Terus pergi beli aiskrim expresso kat tepi butik girls stuffs tu. Tinggal lagi RM45. So masuk tabung jelah duit tu.


Dalam pukul 5:30ptg , papa mari ambil and Lala pun pulang ke rumah lah >,< Kat rumah gila terkejut beruk tengok birthday cake Syafi (adik Lala). Sambut lah birthday dia tu. Itu je bya :>

February 4, 2012

Mencari Keredhaan .

0 comments
Tumblr_lz1bujuoym1rolptbo1_500_large
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Petang :>
Erggkkkkkkkkkk! *sendawa lepas makan maggie goreng buatan sendiri yumm :'>* hehe,dari tengah hari tadi lagi mama tak balik. Dah 4 kali call tak diangkat-2. busy sangat ke Mama ni? Hurm rasanya shif mama habis pukul 12 tapi sekarang ni pukul 2 taknak balik lagi ke? hm biarkan.. yeayeye :> papa pulang petang ni! gila excited! papa janji dia nak belikan Lala sandal tertutup Everlast color biru :D wewewewe coooool ! pilihan papa biasanya stylorr gitu tak macam mama =.= kolot ! astagfirullah, dosa-dosa :'< bukan apa, pilihan mama lebih DEWASA >< saya bukan dewasa lagi lar mama. 


Lala sukakan sesuatu yang sesuai untuk teenagers , active , stylo , cool , new product & lain dari yang lain erti kata lain unik :'> back to the topic! Hm esok kan maulidur Rasul so school hols! yippie *jumping!* wewewewe :> Lala nak turun kat bandar nak tengok perarakan sambil nasyid & zikir^^ tak sabar la! Lala nak pakai jubah pink lah esokk. Maa Lisa kasi haritu kat Lala tapi masih belum pakai. -.- tapi jubah tu CANTIK ! AWESOME :'> sebab tu Lala tak sabar niy. Hehe :> K lah! Mama dah balik dengan KFC ! pergi dulu :*

February 3, 2012

New look.

0 comments
Tumblr_lz1bnucex91rolptbo1_500_large
Assalamualaikum && Selamat pagi.

First of all, korang mesti pelik kan? Lala punya post disappear! wewewe :D Sorry! Lala terpaksa del older posts yang berdosa tak berguna tu :> hehe bukan ape, posts tu private lah sayang, sebab tu Lala private kan :L lol -.- Okey2, mesti ada orang yang rasa ada sesuatu yang pelik kat sini kan. Yup! Lala dah tukar template baru yeyey :'> Template ni buatan Adik Izzati tochey tochey :'> cantik kan ? pink color gitu. Hehehe, actually Lala tak suka mana kpop tapi photo yang Adik Izzati letak dalam ni cantik bergaya gitu so I'll try to like it hehe. 


Hm semalam kan Lala balik Terengganu #sekarang kat Terengganu lah ni ><# Lala nak cerita sikit pasal penutup k.i.k.s hari tu. Sedih sangat :'( Berpisah ngan kawan baik Lala , Jihah :\ hm Jihah tak boleh teruskan pelajaran kat Kuantan sebab result dia tak capai target. Dia dapat 7 je. So dia kena transfer kat MRSM Jeli. Mujurlah dia orang Kelantan, dekat lah sikit. Tapi Lala tak dapat tahan sebak lah bila lagu Saat Terakhir berkumandang dekat dalam dewan tu :< Okay video tu sangatlah sedih. Menangis melalak semua orang kat dewan tu. Sedih sangat video tu. Semua yang ke PKP & yang tak boleh teruskan pelajaran ke MRSM Kuantan bagi amanat terakhir dalam video tu. Sumpah sedih :'< Sangat sedih :'< 


Kawan-2 saya ramai dapat MRSM PC dengan Taiping. Saya rasa saya dengan Mira saja yang tolak PKP tu. Hm semua tanya kenapa saya tolak? tak menyesal ke? yup saya langsung tak menyesal. Bagi Lala dimana sahaja ada kejayaan ! lagipun Kuantan kan PKP jugak? So kita enjoy :> K lah. Lala nak rebus mi sekejap, mama Lala tak pulang harini. Dia ada tugas kat KL. Bye :>