Pages

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

March 10, 2014

#PrayforMH370

0 comments
Silent doesn't mean I don't care, I care but I don't want to pray on the social networks. I pray in my prayers, hoping that they are all okay. Hoping that they are all fine. 

Sebenarnya aku pelik, kenapa masyarakat melayu beria-ria nak jadi reporter tak bergaji. Mereka mengeluarkan fake announcement, berita palsu, mereka-cipta fakta, menyebarkan sesuatu yang tak sahih siap ada yang berlakon kononnya ada ahli keluarga dalam pesawat. Ada yang cari publisiti murahan dengan buat main isu MH370. Ada juga yang macam terlalu concern pasal kes ni sampai setiap saat tweet and update pasal ni. Tak salah nak concern, nak care tapi janganlah sebar sesuatu yang tak sahih walaupun dah tak ada idea nak tulis apa kononnya kitalah paling ada update dalam dunia ni. Kalah Astro Awani.

Aku memang tabik dekat Astro Awani sebab sudi membatalkan rancangan asal supaya dapat memberitahu update terkini pasal pesawat MH370 yang hilang itu. So, kalau korang nak tahu berita sahih, buka Astro Awani channel 501. Tak payah percaya sangat berita yang mengatakan ada orang rakam kejadian semua sebab semua tu menipu. Ada juga aku baca status someone pasal isu ni. Dia cakap kakak dia ada connection dengan airport Filipina mengatakan terdapat rakaman pasal MH370 jatuh menjunam ke dalam laut. Kalau semua tu sahih, sah-sah dah ada dalam surat khabar or berita. Dan mesti ada kesan walaupun sedikit.

So Malaysian, keep praying and stop telling rumors. Hope for the best for MH370.



P/s : Got a new template,chill

December 24, 2012

Interactions

2 comments
Dear diary ,

23 Disember 2012 (malam)
Sambung kepada hal semalam. Hmm, sejak semalam aku tak duduk diam. Entah, gelisah semacam je. Text dia berkali-kali tapi dia tak balas. Maybe dia terasa dengan aku.. Maybe.. tapi aku nak call dia aku takut. Segan semacam. Maklumlah mana pernah aku yang call dia. Kalau aku nak call dia , mesti dia buat miscall dan call aku balik. Look, how gentleman he is~ Tapi aku je yang tak hargai dia. Semua kawan-kawan aku cakap dia baik, setia, blabla tapi aku selalu je nafikan. lolz aku kan? Bila orang puji buah hati aku, automatik muka aku merah siot. Malu malu tahu ? Tapi, sekarang apa? Kenapa aku selfish sangat ha? Why? Tengok, dia dah jauhkan diri daripada aku. Menyesal gila siot !! #nowplaying Janus-Boyfriend Hukhukhuk menangislah aku semalaman. Hmm, tak boleh tidur campur gelisah menanti mesej daripada dia :C

24 Disember 2012
Pagi tadi, disebabkan aku tak boleh tidur so aku bangun awal. At 6.30 am aku dah done bersolat dan mandi siap. Walaupun masa tu aku terasa bagai nak beku dah. Sekarang musim hujan tak henti-henti lolz. Then, lepas siap bagai aku pergi depan tv cari-cari rancangan astro yang best-best. Tapi tak jumpa + cuaca tak baik jadi macam biasalah, Astro buat-buat sakit wtf. Aku memang hot masa itu, then tetiba dengan ringtone mesej dari handphone Galaxy Note aku. Beep beep beep lulz Aku daripada nak pergi dapur cari makan terus berlari-lari ke arah handphone. Bayangkanlah dengan muka excited plus tak sabar-sabar aku melompat kearah sofa dengan gelojoh. Gaya tak senonoh abad ini, lolz =.= Guess what?? Aku dapat mesej dari Oppa ღ Happy gila kot !! Tetiba rasa berdebar pulak dapat mesej dari dia ni..

Assalamualaikum, Lala, bangun solat subuh.........

Okay permulaan yang baik. Aku excited sangat, ingat kan dia nak bash aku tadi. :B Then aku pulak balas gaya tak bersalah.."Oh hihi.. moring.. Lala dah bangun lah abang...siap mandi lagi..tehehehe :B" Wah wah excited ni excited ni :P Selama beberapa hari ni mana ada kami text so ini permulaan yang baik...maybe? Then bunyi pulak sekali lagi ringtone mesej itu Beep beep beep lulz  Eh cepatnya boboy aku balas? Muahahaha :D Terasa terlebih excited pulak lolz.
Ohh dah bangun ke? Awalnye.. Saya baru aje bangun ni......
Dupdupdupdup  Bunyi jantung aku yang agak sengal lolz. Yup, noticed somethings? Yup, dia guna perkataan 'saya' lagi. Ouh tidak,, something wrong something wrong :C Then aku terus call dia. Hmm, masa itu aku dah tak sedar dah , tetiba je tangan picit no dia pada screen handphone itu dan beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeep , talian anda disambung. 

LALA : Err.. assalamualaikum.

AFIQ : Waalaikumussalam..kenapa awak call saya ni? Kalau ada hal, biar saya call awak balik.

LALA : Tunggu! Hmm, tak apa, kredit saya banyak. Boleh borak lama-lama sikit. I miss you dear.,.
AFIQ : Hmmmm.................

LALA : Afiq! Lala mintak maaf sangat2.. Lala dah kecewakan awak. Lala minta maaf sangat okay. Please don't do this to me...:C

AFIQ : Hmm.......saya pun rindu awak Lala, but you've changed....

MAka bermulalah conversations kami yang selama 1 jam 43 minit itu :P Credit aku tak luak pun lulz sebab aku dapat 500 minit free call lolz. Jangan jealous. BTW, hubungan kami dah baik. Segala kekusutan berjaya diselesaikan. Lagipun, hal kami 'suami isteri' mana boleh diceritakan umum rite? hihi, oke..aku sayang Afiq, muah muah :*

December 23, 2012

Who's changed ?

0 comments
Dear diary,

23 Disember 2012 - Hari ini aku tukar template blog aku. Heh heh heh :B Suka sangat template ini sebab ianya buat aku nampak girlish. *gedik gedik.  hhehe.. hari ni girls day-out. Best giler kot.. walaupun hari ni cuaca tak brapa baik tapi memang enjoy giler lah.. tadi kebetulan duduk di rumah autie aku, ajak sekalilah sepupu-sepupu cun aku tu,. lepak di Pavi then shopping kat times square. Kan ada jualan akhir tahun jadi best gila lah shop harini.. tadi alang-alang lepak di Pavi, ade jugak lah jumpa dengan boys maktab aku.. eishh, dorang 100% transform lah.. pakai pakaian pelik2..stylish gila kot, aku hampir pitam tengok dorang. Kalau dorang tak tegur sah-2 aku tak kenal. Sumpah, lain benar dorang tau.. Alang-2 lepak kat situ ajak jugak the boys makan-2 kat food stalls berdekatan... Tadi ada jugak Mirul cerita pasal Afiq.. Mirul cakap Afiq akhir-2 ni macam dingin semacam.. #Mirul jiran Afiq... Hmm..act aku tak berapa mesej dengan dia akhir-2 ni.. entahla knapa,, aku rasa hubungan kami dah beku da.. Aku sedikit terasa hati dgn dia.. hmm, entah..aku sayang dia..dan aku tahu dia jugak sayang aku..hmm, aku terkejut gak dapat tahu dia deactive facebook. Baru je tahu.. Mirul lah yang kasi tau.. Sadis sangat ayat mirul tau..

Mirul : Eh Lala, kenapa hah Apik deactivated fesbuk dia hah? Aku baru nak ajak dia join event harini. 

Aku  : Hah? Afiq deactive fesbuk? Apa hal pulak? Err......

Mirul : Eh?? takkan ko tak tau kot.. sengal ko ni.. balak ko sendiri pun ko tak tahu??!

Lepas itu aku dapatlah ceramah free dari Mirul , Aiman dan sepupu-sepupu aku sendiri. Memang kecut habis lah aku kena marah dekat Mirul.. Kasihan aku.. hmm, sumpah aku tak tahu dia deactivated facebook dia. Aku online tapi aku off chatroom aku..so aku tak tahu pulak pasal fesbuk dia.. lagipun sekarang jarang sangat stalk fesbuk dia.. hmm aku pun tak tahu apa masalah aku.. kenapa aku jadi begini betulkah aku dah berubah?? Mesej dari dia 2 hari lepas memang lain benar bunyinya.. dia nak clash ke?? Alamak,, please NO.. aku sayang sangat dia.. lagipun parents kami nak tunangkan kami lepas SPM.. hmm..:(

Adila, you'd changed a lot. Why?? 

Okey.. dia sebut nama aku.. nampak sangat something wrong dekat situ.. biasanya kalau dia terasa dengan aku mesti dia akan sebut Adila.. or just reply mesej aku dengan perkataan "hmmm".. Tahu sangat aku dengan dia.. dah 3 tahun kami bersama..so aku dah tau apa kelemahan dia.. Lagipun, kami ni serupa je..Tak mengapalah.. I'll try to accept what he want to tell me either it hurt me or will make me changed.. Seriously..aku sayang dia.. hmm, *seems to cry,,. okeylah.. that's all.. esok lusa aku akan update lagi. Bye

August 17, 2012

Salam Lebaran

0 comments
Tumblr_m8xoee3gzw1qj4z90o1_500_large
Assalamualaikum semua. Cuba teka hari ni hari apa? Hari ini hari Sabtu bersamaan 29 Ramadan. Ya Allah, sekejap benar kita berpuasa untuk tahun 2012 ini. Pejam celik pejam celik esok dah raya. Alhamdulillah, hampir cukup sebulan Lala berpuasa. No need to 'extend' puasa. Hihi, faham-faham sendiri lah ya. Lala sekarang sedang berkampung di Alor Setar, Kedah. Rumah ibu Papa ada kat sini. Best gila raya kat sini. Maklumlah dah 4 tahun Lala tak balik raya kat Kedah. Selalunya Selangor tak pun Terengganu aje. Syukurlah tahun ni dapat merasa beraya dalam bendang @ sawah padi. Kat sini liputan internet sedikit low sebab tu susah sikit nak post mende alah ni.

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, raya ke 3 nanti Lala balik Terengganu. Lagipun, Lala dah bertolak ke sini dari hari Khamis lepas lagi. Minggu aktiviti sem 2 ni tamat hari Rabu so hari Rabu jugak lah boleh pulang, :D Sampai je kat Kedah ni, terus turun ke sawah siap tangkap gambar lagi sebagai kenangan. Tak sabar nak tunggu 1 Syawal sebab nak lompat dalam sungai. Hihihi :'B Missing my childhood memories.

Hmm, dikesempatan ini, Nurul Adila Asyikin Binti Mohamad ini ingin memohon seribu satu kemaafan atas salah laku, silap bicara, terkasar bahasa, terlajak kata, bla bla bla. Kalau boleh, Lala dah tak nak berdendam dengan mana-mana pihak dah. Lala nak ubah diri Lala supaya tak terlampau sensitif terhadap somethings small matter. 
Athirah Razak, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu saja salah sangka dekat kau. Aku tahu niat kau baik tegur aku itu ini. Tetapi, aku tidak berapa boleh menerima cara kau tegur aku. Sorry sangat. InsyaAllah aku akan sedikit sebanyak terima nasihat kau okay. Should we be friends until jannah?
 Hurm, Lala sangat rasa bersalah dekat Athirah. Dia budak baik. Lala selalu sangka dia jealous dengan Lala. Syaitan apa entah yang hasut Lala supaya fikir bukan-bukan terhadap dia. Athirah, I'm really regret with all my wrongdoings.
Tak apalah, nak pi tolong nenek anyam ketupat :D Assalamualaikum & Salam Lebaran!

February 3, 2012

New look.

0 comments
Tumblr_lz1bnucex91rolptbo1_500_large
Assalamualaikum && Selamat pagi.

First of all, korang mesti pelik kan? Lala punya post disappear! wewewe :D Sorry! Lala terpaksa del older posts yang berdosa tak berguna tu :> hehe bukan ape, posts tu private lah sayang, sebab tu Lala private kan :L lol -.- Okey2, mesti ada orang yang rasa ada sesuatu yang pelik kat sini kan. Yup! Lala dah tukar template baru yeyey :'> Template ni buatan Adik Izzati tochey tochey :'> cantik kan ? pink color gitu. Hehehe, actually Lala tak suka mana kpop tapi photo yang Adik Izzati letak dalam ni cantik bergaya gitu so I'll try to like it hehe. 


Hm semalam kan Lala balik Terengganu #sekarang kat Terengganu lah ni ><# Lala nak cerita sikit pasal penutup k.i.k.s hari tu. Sedih sangat :'( Berpisah ngan kawan baik Lala , Jihah :\ hm Jihah tak boleh teruskan pelajaran kat Kuantan sebab result dia tak capai target. Dia dapat 7 je. So dia kena transfer kat MRSM Jeli. Mujurlah dia orang Kelantan, dekat lah sikit. Tapi Lala tak dapat tahan sebak lah bila lagu Saat Terakhir berkumandang dekat dalam dewan tu :< Okay video tu sangatlah sedih. Menangis melalak semua orang kat dewan tu. Sedih sangat video tu. Semua yang ke PKP & yang tak boleh teruskan pelajaran ke MRSM Kuantan bagi amanat terakhir dalam video tu. Sumpah sedih :'< Sangat sedih :'< 


Kawan-2 saya ramai dapat MRSM PC dengan Taiping. Saya rasa saya dengan Mira saja yang tolak PKP tu. Hm semua tanya kenapa saya tolak? tak menyesal ke? yup saya langsung tak menyesal. Bagi Lala dimana sahaja ada kejayaan ! lagipun Kuantan kan PKP jugak? So kita enjoy :> K lah. Lala nak rebus mi sekejap, mama Lala tak pulang harini. Dia ada tugas kat KL. Bye :>