Pages

February 9, 2014

Template baru lagi

Bonjour!

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat guna bonjour rasa macam hebat. Nampak tak ini template baru aku dapat dari blogskins cantik tak? Yang asalnya semua gambar ni gambar Luhan tapi aku tukar jadi Zelo my love. Cuma lagu tu aku tak reti tukar sebab yang ni pun aku ambil code dari kawan. Asalnya mahu letak One Shot BAP tapi aku tak pandai nak upload macam mana huh pening. Lagipun aku ni memang malas nak sign up apa-apa website yang berkenaan. Nak log in blogger pun bukan main liat haha


Afiq pun bebel dekat aku pasal ni. Aku rasa aku online facebook aku jarang-jarang kot. Tu pun aku buka untuk approve friendship and tengok apa yang patut. Btw aku minta maaf sebab aku memang tak ada letak any links berkaitan facebook aku. Aku memang private sikit facebook ni sebabnya ramai dah 'bitches' berak dekat facebook aku. Aku tak faham langsung senior senior lama aku suka sangat cari pasal dengan aku. Kalau dulu aku hormat, sekarang dah jangan harap aku nak hormat senior kurang asam begitu.


Semalam aku online facebook sebab Afiq suruh aku approve friend request yang mama dia hantar. Terkejut jugak Mama dia ada facebook. Afiq pun satu, mesti dia yang bagitahu facebook aku tu. Haih geram betul. Semalam Afiq pun bising pasal aku minat korea. Dia cakap "Mentang-mentang dah habis SPM memang melantak depan komputer layan cerita korea la tu. Dah la tak habis pasal Zelo. Sikit-sikit zelo. haihh" Aku tahu Afiq mesti bosan dengan nama Zelo Zelo Zelo saja tiap hari. Biarlah siapa suruh cari girlfriend kaki korea. 


Sabtu hari tu kami ada family gathering dekat Genting. Memang macam tak senonoh saja buat dekat Genting Highland tapi kalau dah orang-orang dewasa masuk campur memang beres je. Mama aku suruh aku ajak Afiq sekali dengan family dia. Okay memang pelik la ajak family orang tapi mama cakap tak apa. Aku pun mesej Afiq hari khamis haritu.


Afiq.. mama ajak family awak pergi family gathering kami dekat Genting.
Afiq balas 
Hah? Buat family day dekat Genting? Hahaha kejap nak tanya Mama.
Haha Afiq ketawa dengar family gathering ni dekat Genting. Bagi aku agak kelakar sebab lainlah kalau buat dekat cameron lagi cool kot. Beeep mesej masuk. Afiq.
Sayang, mama busy dengan family day office dia this week. Papa pergi outstation di Singapore. Mama cakap saya boleh je nak join tapi kena ajak adik sekali. Tak apa lah kalau gitu. Susah dekat family awak je.
Sejak bila Afiq jadi pemalu gini? HAHA kelakar weh. Aku tanya Mama "Mama, parents Afiq takleh join sebab dia orang busy ada hal." Mama pun tengok dekat aku "Parents busy ajak aje cik abang awak tu dengan adik sekali.."
Afiq mama cakap awak join la sekali dengan adik awak. nanti saya pick-up awak dekat rumah awak okay
Afiq setuju je haha happy. And petang jumaat aku pick-up dia and adik dia dekat rumah dia. Driver ayah aku bawa kereta. Aku tak ada lesen lagi lahai. And aku akan upload gambar soon. Okay bye

0 comments:

Post a Comment