Pages

March 21, 2014

SPM

1 comments
Assalamualaikum.

Semalam KPM dah umumkan result SPM 2013 dan Alhamdulillah for everything. Walaupun aku memang kecewa dengan result aku, tapi tetap bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku dapat 3A 3A- 2B+ 1B memang sedih sebab aku rasa aku boleh buat tapi last-last dapat macam ni je. Sebagai budak MRSM memang sedih dapat 6A je kan? Tapikan, aku rasa pelik kenapa rata-rata dapat rendah this year. Kawan aku yang trial dapat straight A takde A- langsung dan cikgu aim dia straight A+ tapi dia tersangkut bio dapat A je.

Ramai yang cakap this year macam ada something wrong somewhere. Hm biarlah hanya Allah yg tahu. 

March 13, 2014

Kpolaroids Giveaway

0 comments
Hello hello haih excaited betol nak join giveaway ni.. haha memang Lala jarang update sekarang sbb Lala lebih suka blogwalk kekeke.. so tadi Lala pergi ke blog Ain Najwa dan terjumpa satu giveaway dekat sidebar dia. So Lala pun nak join juga lah..

So Lala join giveaway ni ya akak Kpolaroids~ Anyway kalau sape2 nak join, click je banner bawah ni :)
Semua doakan Lala berjaya ya. Lala pun harap Ain Najwa berjaya jugak. hahaha goodluck semua <3

March 10, 2014

#PrayforMH370

0 comments
Silent doesn't mean I don't care, I care but I don't want to pray on the social networks. I pray in my prayers, hoping that they are all okay. Hoping that they are all fine. 

Sebenarnya aku pelik, kenapa masyarakat melayu beria-ria nak jadi reporter tak bergaji. Mereka mengeluarkan fake announcement, berita palsu, mereka-cipta fakta, menyebarkan sesuatu yang tak sahih siap ada yang berlakon kononnya ada ahli keluarga dalam pesawat. Ada yang cari publisiti murahan dengan buat main isu MH370. Ada juga yang macam terlalu concern pasal kes ni sampai setiap saat tweet and update pasal ni. Tak salah nak concern, nak care tapi janganlah sebar sesuatu yang tak sahih walaupun dah tak ada idea nak tulis apa kononnya kitalah paling ada update dalam dunia ni. Kalah Astro Awani.

Aku memang tabik dekat Astro Awani sebab sudi membatalkan rancangan asal supaya dapat memberitahu update terkini pasal pesawat MH370 yang hilang itu. So, kalau korang nak tahu berita sahih, buka Astro Awani channel 501. Tak payah percaya sangat berita yang mengatakan ada orang rakam kejadian semua sebab semua tu menipu. Ada juga aku baca status someone pasal isu ni. Dia cakap kakak dia ada connection dengan airport Filipina mengatakan terdapat rakaman pasal MH370 jatuh menjunam ke dalam laut. Kalau semua tu sahih, sah-sah dah ada dalam surat khabar or berita. Dan mesti ada kesan walaupun sedikit.

So Malaysian, keep praying and stop telling rumors. Hope for the best for MH370.



P/s : Got a new template,chill

March 4, 2014

Blog baru

3 comments
Hello people. Aku memang suck bab intro ni. Aku tak reti nak mula macam mana. Sorry sebab aku ni tak suka guna short-form text macam messaging text tu. Sebab aku malas nak tolong fahamkan golongan yang tak faham bahasa mesej. Lagipun, kalau aku guna Bahasa Melayu standard, kalau orang nak translate pun senang. Tak berbelit ayat kan?

Ni akaun blogger aku yang baru. Yang haritu still exist tapi yang tu secara berkumpulan. Bukan aku sorang admin, sepupu aku handle juga akaun tu sebab dia buat blog dia guna email lama. Untuk lebih privasi, aku rasa baik aku buat akaun aku sendiri. Aku nak try eksport semua data aku ke sini tapi tak pandai. Sobs~


Kalau jenis template aku yang lepas aku guna classic punya, yang terpaksa main dengan html coding, kali ini aku nak guna simple template lah. Sebab aku tengok macam best jugak guna template macam Kak Maria. Lagipun, aku singgah blog Mato nampak simple dia punya template. So aku nekad nak guna simple template. Tak payah penat-penat nak ubah satu satu data dekat html. 


Nanti bila aku dah eksport semua data dari blog lama lalasayangafiq.bg.com ke sini, aku akan letak page untuk terus teleport ke sini. Aku harap aku dapat import previous post aku ke sini. Letih je aku tulis selama ni kalau aku buang sayanglah!


Okay. Salam sayang dari aku. Muah!