Pages

February 18, 2014

Baju raya

Hai semua selamat petang! Dah pukul 2.35 so consider petang kan? Pukul 12 tadi mama ajak pergi cari kain untuk buat baju kurung raya. Lama jugak lah shopping baju raya. Mama says "Mama kena hantar awal dekat tailor sebab dia cakap bulan 4 dah start nak tutup tempahan sebab raya bulan 7." Raya bulan 7?? Awal gila. Unlike last year, Mama just beli baju kurung moden yang dah siap dekat butik kawan dia. Kali ni mama beli 4 pasang kain untuk buat baju kurung. Kata mama lagi "Nanti duduk universiti kena selalu pakai baju kurung. Baru nampak senonoh sikit. Sebab tu mama buat baju kurung dekat awak banyak tahun ni. Nanti nak raya, mama ajak la awak cari baju glamour sikit ikut tema dekat butik."

Cakap pasal raya, tahun lepas tema family warna merah, tahun lepas lepas, grey, tahun ini warna apa agaknya? Aku harap warna hitam, tapi confirm mama bangkang. Mama mana suka warna tak ceria begitu huh. Kawan baik mama, Auntie Iffah buka butik tudung. Ada shawl, halfmoon, fullmoon, ariani, three layers, selendang, bawal banyak jugak. Hari isnin lepas aku shopping sakan masa a week opening dia. Hampir RM200 aku shopping beli halfmoon, three layers dengan bawal. Aku beli awal-awal untuk raya plus nak pakai dekat universiti nanti. 


Tahun ni, dengar kata Kak Ros nak kahwin hari raya ketiga. Ros tu bukan stand kepada Rosnah or Rosmah, nama kak Ros, Rosalin Amira. Cantik tak nama dia? Haha last weeks, mak saudara aku beranak babygirl. Nama baby tu Mia Sara Eleyna. Tu lah akibat terlalu sukakan Mia Sara artis cilik tu. Mujur tak letak nama baby Sara, Mia Sara Nasuha. HAHA kelakar betul Cik Bie ni. Dah la beli set pakaian bayi yang ada tulis 'love mommy daddy'. Mama aku pulak pergi beli set baby serba kuning. Ingat ni anak Raja ke? haha


Petang ni bercadang nak tengok wayang with Afiqah di Alamanda sebab lepas tu aku nak pergi rumah mak saudara aku di Putrajaya. So adios!

0 comments:

Post a Comment