Pages

February 20, 2014

Hobby

Hello hello kamu disana, aku disini mahu kasi cerita! Sila abaikan intro ini sebab aku memang 'sucks' dalam buat intro.

Aku nak cakap pasal hobi. Tahu hobi ni apa?? bahasa inggerisnya, hobby. hahaha something likes apa yang kita suka buat itu lah hobi. Hobi semua orang ada hobi masing-masing kan? Aku pun. Hobi aku memang selalu je berubah atas peredaran masa. Korang mesti ada yang still sama dari kecik sampai sekarang kan?

Dulu waktu aku kecik, hobi aku kumpul pencil dan pemadam. Maksud aku pensel yang ada prints warna warni, ada barbie, ada kartun semua tu. pemadam pulak aku biasa kumpul pemadam yang 10 sen. Murah je masa aku kecik dulu harga sebiji pemadam. Aku biasa beli seringgit. 

HAHAHA zaman budak memang pelik. Tapi zaman kumpul pensel dengan pemadam tu masa aku darjah 1 sampai darjah 3..lepas tu hobi lain pulak. Masa aku darjah empat, aku selalu kumpul buku nota kecik yang 335 tu. Kenal tak ada kan yang kecik sangat dalam 20sen sebijik. Aku suka sangat kumpul mende itu sampai satu saat kawan aku panggil aku 335 hahaha.

Lepas tu mama aku marah kumpul buku nota tu sebab membazir. So aku tukar hobi pulak. Hobi aku lepas tu kumpul duit syiling (menabung) masa tu pertengahan darjah 4 aku kumpul syiling sampai darjah enam. Tiga bijik tabung doraemon aku penuh dengan syiling, mama aku kira semua sekali dalam RM800 banyak tu. So masuk bank. 

Lepas tu bila aku masuk sekolah menengah, aku suka haiwan, kucing! Aku minta ayah aku beli kucing parsi seekor. tapi kucing tu mati masa aku tingkatan 3. T__T sedihh wuu... lepas tu aku tak ada hobi berkaitan haiwan. dan sekarang aku ada hobi baru. HAHAHAHA hobi aku sekarang kumpul gambar polaroid. Ayah aku baru belikan kamera polaroid~ kbye

0 comments:

Post a Comment