Pages

August 17, 2012

Salam Lebaran

Tumblr_m8xoee3gzw1qj4z90o1_500_large
Assalamualaikum semua. Cuba teka hari ni hari apa? Hari ini hari Sabtu bersamaan 29 Ramadan. Ya Allah, sekejap benar kita berpuasa untuk tahun 2012 ini. Pejam celik pejam celik esok dah raya. Alhamdulillah, hampir cukup sebulan Lala berpuasa. No need to 'extend' puasa. Hihi, faham-faham sendiri lah ya. Lala sekarang sedang berkampung di Alor Setar, Kedah. Rumah ibu Papa ada kat sini. Best gila raya kat sini. Maklumlah dah 4 tahun Lala tak balik raya kat Kedah. Selalunya Selangor tak pun Terengganu aje. Syukurlah tahun ni dapat merasa beraya dalam bendang @ sawah padi. Kat sini liputan internet sedikit low sebab tu susah sikit nak post mende alah ni.

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, raya ke 3 nanti Lala balik Terengganu. Lagipun, Lala dah bertolak ke sini dari hari Khamis lepas lagi. Minggu aktiviti sem 2 ni tamat hari Rabu so hari Rabu jugak lah boleh pulang, :D Sampai je kat Kedah ni, terus turun ke sawah siap tangkap gambar lagi sebagai kenangan. Tak sabar nak tunggu 1 Syawal sebab nak lompat dalam sungai. Hihihi :'B Missing my childhood memories.

Hmm, dikesempatan ini, Nurul Adila Asyikin Binti Mohamad ini ingin memohon seribu satu kemaafan atas salah laku, silap bicara, terkasar bahasa, terlajak kata, bla bla bla. Kalau boleh, Lala dah tak nak berdendam dengan mana-mana pihak dah. Lala nak ubah diri Lala supaya tak terlampau sensitif terhadap somethings small matter. 
Athirah Razak, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu saja salah sangka dekat kau. Aku tahu niat kau baik tegur aku itu ini. Tetapi, aku tidak berapa boleh menerima cara kau tegur aku. Sorry sangat. InsyaAllah aku akan sedikit sebanyak terima nasihat kau okay. Should we be friends until jannah?
 Hurm, Lala sangat rasa bersalah dekat Athirah. Dia budak baik. Lala selalu sangka dia jealous dengan Lala. Syaitan apa entah yang hasut Lala supaya fikir bukan-bukan terhadap dia. Athirah, I'm really regret with all my wrongdoings.
Tak apalah, nak pi tolong nenek anyam ketupat :D Assalamualaikum & Salam Lebaran!

0 comments:

Post a Comment