Pages

December 23, 2012

Who's changed ?

Dear diary,

23 Disember 2012 - Hari ini aku tukar template blog aku. Heh heh heh :B Suka sangat template ini sebab ianya buat aku nampak girlish. *gedik gedik.  hhehe.. hari ni girls day-out. Best giler kot.. walaupun hari ni cuaca tak brapa baik tapi memang enjoy giler lah.. tadi kebetulan duduk di rumah autie aku, ajak sekalilah sepupu-sepupu cun aku tu,. lepak di Pavi then shopping kat times square. Kan ada jualan akhir tahun jadi best gila lah shop harini.. tadi alang-alang lepak di Pavi, ade jugak lah jumpa dengan boys maktab aku.. eishh, dorang 100% transform lah.. pakai pakaian pelik2..stylish gila kot, aku hampir pitam tengok dorang. Kalau dorang tak tegur sah-2 aku tak kenal. Sumpah, lain benar dorang tau.. Alang-2 lepak kat situ ajak jugak the boys makan-2 kat food stalls berdekatan... Tadi ada jugak Mirul cerita pasal Afiq.. Mirul cakap Afiq akhir-2 ni macam dingin semacam.. #Mirul jiran Afiq... Hmm..act aku tak berapa mesej dengan dia akhir-2 ni.. entahla knapa,, aku rasa hubungan kami dah beku da.. Aku sedikit terasa hati dgn dia.. hmm, entah..aku sayang dia..dan aku tahu dia jugak sayang aku..hmm, aku terkejut gak dapat tahu dia deactive facebook. Baru je tahu.. Mirul lah yang kasi tau.. Sadis sangat ayat mirul tau..

Mirul : Eh Lala, kenapa hah Apik deactivated fesbuk dia hah? Aku baru nak ajak dia join event harini. 

Aku  : Hah? Afiq deactive fesbuk? Apa hal pulak? Err......

Mirul : Eh?? takkan ko tak tau kot.. sengal ko ni.. balak ko sendiri pun ko tak tahu??!

Lepas itu aku dapatlah ceramah free dari Mirul , Aiman dan sepupu-sepupu aku sendiri. Memang kecut habis lah aku kena marah dekat Mirul.. Kasihan aku.. hmm, sumpah aku tak tahu dia deactivated facebook dia. Aku online tapi aku off chatroom aku..so aku tak tahu pulak pasal fesbuk dia.. lagipun sekarang jarang sangat stalk fesbuk dia.. hmm aku pun tak tahu apa masalah aku.. kenapa aku jadi begini betulkah aku dah berubah?? Mesej dari dia 2 hari lepas memang lain benar bunyinya.. dia nak clash ke?? Alamak,, please NO.. aku sayang sangat dia.. lagipun parents kami nak tunangkan kami lepas SPM.. hmm..:(

Adila, you'd changed a lot. Why?? 

Okey.. dia sebut nama aku.. nampak sangat something wrong dekat situ.. biasanya kalau dia terasa dengan aku mesti dia akan sebut Adila.. or just reply mesej aku dengan perkataan "hmmm".. Tahu sangat aku dengan dia.. dah 3 tahun kami bersama..so aku dah tau apa kelemahan dia.. Lagipun, kami ni serupa je..Tak mengapalah.. I'll try to accept what he want to tell me either it hurt me or will make me changed.. Seriously..aku sayang dia.. hmm, *seems to cry,,. okeylah.. that's all.. esok lusa aku akan update lagi. Bye

0 comments:

Post a Comment